Monday, April 19, 2004

RAHSIA KECIL KEBAHAGIAAN

RAHSIA KECIL KEBAHAGIAAN


Rahsia kebahagiaan itu adalah memusatkan perhatian pada
kebaikan dalam diri orang lain. kerana, hidup ini bagaikan
lukisan: Untuk melihat keindahan sesebuah lukisan
yang sebenarnya, lihatlah di bawah sinar yang
terang, bukan ditempat yang tertutup dan gelap seperti didalam

sebuah gudang.

Rahsia kebahagiaan adalah tidak menghindari
kesulitan.
Dengan memanjat bukit, bukan meluncurinya, kaki
seseorang tumbuh menjadi kuat.

Rahsia kebahagiaan adalah melakukan sesuatu
bagi orang lain. Air yang tak mengalir akan
keruh. Namun, air yang mengalir dengan bebas
selalu segar dan jernih.

Rahasia kebahagiaan adalah belajar dari orang lain,
dan bukannya mencuba mengajari mereka. Semakin Anda
menunjukkan seberapa banyak yang Anda tahu,semakin
akan mencuba menunjukkan kekurangan dalam
pengetahuan Anda.

Rahsia kebahagiaan adalah kebaikan hati: memandang
orang lain sebagai anggota keluarga besar Anda. Sebab,
setiap ciptaan adalah milik Anda. Kita
semua adalah ciptaan Tuhan yang satu.

Rahsia kebahagiaan adalah tertawa bersama orang
lain,sebagai sahabat,dan bukan mentertawakan mereka,
sebagai hakim.

Rahsia kebahagiaan adalah tidak sombong. Bila Anda
menganggap mereka penting, Anda akan memiliki sahabat
ke manapun Anda pergi. Ingatlah bahwa
musang yang paling besar akan mengeluarkan bau yang
paling menyengat.

Kebahagiaan datang kepada mereka yang memberikan
cintanya secara bebas,yang tidak meminta orang lain
mencintai mereka . Bermurah
hatilah seperti mentari yang memancarkan sinarnya
tanpa bertanya apakah mereka
patut menerima kehangatannya.


Kebahagiaan bererti membuat orang lain bahagia. Padanglah
rumput yang penuh bunga, menghijau pohon-pohon di
sekelilingnya, bukan bangunan-bangunan
batu yang kaku. Kelilingilah padang hidup Anda dengan
kebahagiaan.

Kebahagiaan berasal dari menerima orang lain
seadanya; Betapa bosannya
hidup ini jika setiap manusia itu sama. Bukankah taman pun
akan nampak janggal bila semua bunganya berwarna ungu?

Rahsia kebahagiaan adalah menjaga agar hati Anda
terbuka bagi orang lain,dan bagi mengharungi
hidup. Hati laksana pintu sebuah rumah.
Cahaya matahari itu hanya akan masuk bilamana pintu rumah
itu terbuka luas.

Rahsia kebahagiaan adalah memahami bahawa persahabatan
jauh lebih berharga daripada kebendaan; lebih berharga
daripada urusan diri sendiri;


Renungkan setiap rahsia yang ada di dalamnya.
Rasakan apa yang dikatakannya.


No comments: