"Ish, dah lah lembab..belakang lori dah lah kotor macam baru jatuh longkang!" Angah membebel lagi..
"Ni satu lagi..arghhh!"
"Angah...sudah lah tu..kau ni asyik nak kutip dosa je sepanjang perjalanan" Aku menegur.
Kami kemudian ketawa besar..[hahahah].
Begitulah rutin aku dan Angah kalau naik kereta bersama. Ada sahaja perkara yang jadi bahan untuk ketawa. Orang luar mesti ingat kami gila.
Tapi memang betul pun..lori depan kereta aku ni sangat lambat dan seperti tak tahu nak ke kiri atau kanan..huh, gelong!
..............................................
Kita mesti bersopan di jalan raya. Nak masuk jalan orang..bagi isyarat..angkat tangan tanda terima kasih..
"Angkat tangan Ngah.."
"Ni lah caranya pemandu berhemah.." Angah memuji diri sendiri kemudian ketawa lagi.
"Emm, tapi kan Ngah jangan pulak asyik angkat tangan je sampai kemalangan pula" Aku mencelah..kemudian ketawa lagi..bukan apa..tengok gaya Angah je dah buat aku nak tergelak.
Lagi pun aku terkenang..masa aku bawa kereta..
Kereta panjang sangat masa nak keluar dari simpang..tiba-tiba adalah satu kereta ni bagi laluan kat aku..lega. Tanda penghargaan dan terima kasih..aku pun angkat tangan..
Tapi niat dan perbuatan baik aku tu menjadi masalah pula..
Aku hampir terlanggar satu kereta sebab terlebih masuk jalan orang lain masa aku membelok..
PINNNNN !!!!
Aduh..tertekannya aku.."Arghhh!!!"
......................................................
Teringat semula peristiwa tu, lucu rasanya.
sebenarnya aku bukanlah pemandu yang
pro sangat..
Lebih baik adik aku..sangat berani...
Aku kalau bawa
slow je..kancil lah katakan..tapi kalau Angah tak kira..kancil pun boleh jadi
'can kill'. 80 km/j pun dia kata perlahan..agak-agak lah kan..kancil 80 km/j pun dah boleh bergegar..
.......................................................Aku dalam perjalanan balik dari TESCO sebenarnya..dalam jam 2:15 pm..jadi ramai lah kanak-kanak sekolah yang baru balik dari sekolah dan ibu ayah yang mengambil anak-anak mereka dari sekolah...
Macam-macam ragam..yang pasti nya ramai yang tak ikut peraturan jalan raya..
Tak pakai topi keledar yang paling banyak sekali..
Apa yang paling menyedihkan, ayah pakai topi keledar..tapi anak kecil di belakang tak pakai pun..kadang-kadang dua-dua tak pakai..[lagi sedih]
Anak-anak di belakang tu bukanlah kuat sangat nak pegang ayah-ayah atau ibu-ibu..kadang-kadang tangan pun tak sampai bila peluk pinggang mak atau ayah..
"Ngah tengok tu !"
Aku menunjukkan aksi seorang kanak-kanak lingkungan 7-8 tahun yang duduk di atas motor sambil cuba membetulkan kainnya yang tersekat di tempat duduk..
Kasihannya..
Tapi aksinya agak lucu..
Walaupun lucu tapi BAHAYA! Sangat bahaya..
Kedudukan kanak-kanak itu sangat tak stabil dan pastinya TAK SELESA!
Lampu bertukar hijau..
Angah pun memecut..[Aku tahu,dia nak sangat masuk
F1..malangnya tak layak.Haha]
Lagi 1 km lagi sampai rumah..Alhamdulillah.
Berapa banyaklah dosa yang aku lakukan hanya di jalan raya..dalam perjalanan di jalan raya..
Asyik nak komen orang je..hehe~
Semoga sama-sama kita menjadi pemandu yang berhemah.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
MERAH TANDA BERHENTI..
Kuning tanda lajukan kenderaan sebelum lampu bertukar
merah??