Wednesday, April 11, 2007

sambungan...

Menariknya perbarisan adik-adik ni..kreatif..tambahan pula dibimbing oleh muallimah-muallimah dan muallim-muallim yang kreatif..
Bukan senang nak kawal anak-anak ni..[adik-adik ni ]..terutama tahap 1..berlari sana-sini..aku Cuma mampu tersenyum..teringat semasa aku mengajar dekat tadika dulu..mencabar betul..
Perbarisan adik-adik ni sangat menarik..ada yang buat pergerakan silat..ada juga yang bertemakan kapal dan
nakhoda..tak kurang juga adik-adik tahun satu yang menjadi rama-rama sebagai mascot rumah sukan.

Nama-nama rumah sukan juga diambil sempena nama-nama pahlawan..mujahidin Islam..Bilal..nama seorang hamba habsyi yang mempertahankan iman dan islam walaupun disiksa dengan dahsyat sekali..hamzah..khalid...dan salman pahlawan Islam terbilang,unggul sepanjang zaman.


Seterusnya..persembahan dari Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia..[pergerakan yang banyak mengajar aku untuk berdikari,kental,tahan cabaran..:)]
Adik-adik syabab dan fatayat buat demo seni pertahanan diri…seronoknya aku tengok.
Bermacam-macam perkara bermain di fikiran…
“Ini lah mujahidah sejati..perawakan sopan dan lemah lembut menghiasi diri..namun tersimpan ketegasan dan semangat waja dalam diri”

Hyak!! Wacha!!..Bila langkah dibuka..siapa yang sangka..hebat tak terkata..:)
Pakaian yang sopan juga bukan menjadi penghalang untuk adik-adik ini beraksi..ini juga membuktikan yang kita tidak perlulah memakai pakaian yang tidak sopan..dan mendedahkan aurat semata-mata untuk bersukan..
Pertunjukan pembukaan yang terlalu lama menyebabkan beberapa orang pelajar tidak larat dan hampir rebah..tambahan pula cuaca semakin panas..sekian sahaja laporan dari Shah Alam,Sukan SRIH ke 19..



























No comments: