Friday, April 20, 2007

Jangan lupa buka lampu.

:: 8.00 pm::

"Jangan lupa pula, nanti nak berhenti dekat kedai sup tu.." Emak mengingatkan.
"Ok!" Aku menjawab
Maya baru sahaja dihantar ke pusat tuisyen.
Sepanjang perjalanan ada sahaja yang tak kena.
"Ishh..tengok tu, silau mata..sekarang ni orang suka sangat guna lampu tinggi..silau.."
Begitulah komen emak jika ada kereta bertentangan yang lampu keretanya POWER sangat lah kononnya.
Memang betul pun..aku juga tidak suka.Bahaya..Pancaran lampu yang sangat kuat membuatkan pemandu lain silau dan tidak nampak jalan..walaupun sesaat..tapi bahaya.
Dalam perjalanan pulang pula,
Terdapat sebuah kereta yang memancarkan lampu beberapa kali kepada kami.
"Eheh~main flash-flash pula"
Emak tidak puas hati sambil menekan hon..PINNN!!!
Aku hanya tersenyum.
Beberapa saat selepas itu..
"Ya Allah Long..!"
Emak separuh menjerit.
"Kenapa mak?"
Aku agak terperanjat.
"Tahu tak kenapa kereta tu flash kereta kita tadi?"
Emak bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.
"Kenapa mak?"
Aku masih belum mengerti.
"Mak tak pasang lampu kereta"
Emak menjawab sambil ketawa.
Hahaha..patutlah kereta tu bagi flash..niat dia baik sebenarnya, nak beri isyarat yang lampu kereta kami tak dinyalakan..pengguna jalan raya yang prihatin.
"Anggaplah mak hon tadi tanda ucap terima kasih."
Kata emak sambil tersenyum.
Banyak pengajaran dan iktibar yang aku pelajari dari peristiwa yang singkat ini.



No comments: