Wednesday, April 11, 2007

Menggamit kenangan...

8 April 2007

Terasa malas untuk aku keluar ke mana-mana pada hari ini. Namun aku gagahkan diri bangkit dan bersiap-siap untuk mengikuti emak dan adik ku ke Hari Sukan Sekolah Rendah Islam Hira’ kali yg ke 19.Mungkin aku akan dapat sesuatu di sana.

Aku besiap dengan cepat..ala kadar sahaja..”nak pergi hari sukan je pun”..

Kami tiba di lokasi (Eco park..tak berapa pasti..lupa :) ) lebih kurang 20 minit dari rumah. “Wah..dah ramai orang lah” aku sekadar melahirkan perasaan teruja..Rupa-rupanya hari sukan tersebut dibuat di sebuah taman rekreasi sahaja..bukan lah stadium seperti yang aku bayangkan..

Aku sangat gembira melihat anak-anak..[adik-adik lagi sesuai..] berlari-lari..bersama rakan-rakan mereka..ibu bapa yang datang untuk menyaksikan anak mereka bermain sukan dan bermacam-macam aksi lagi..dapat juga aku menghilangkan tension duduk di rumah sahaja. Mereka kelihatan sangat gembira…aku Cuma mengandaikan dari riak wajah mereka..aku dahulu pun seperti mereka..tentu gembira berjumpa dengan kawan-kawan..zaman kanak-kanak memang indah..

Banyak perkara yang bermain difikiranku..
Aku mula menerawang di saat aku yang masih lagi berada di bangku sekolah rendah..Sekolah Rendah Islam Hira’..tempat aku menerima tarbiyah..belajar akhlak..akidah..fiqah dan seerah..semua itu kembali menggamit fikiran..Aku sangat bersyukur di tempat di sekolah ini..Aku juga mula teringat kan kawan-kawan..pembelajaran..kelas..musolla kayu tanpa dinding[bila sujud je macam nak roboh..gedegang!].tapi itu semua kenangan yang sangat indah..

Aku terhenti dari lamunan..

Atur cara hampir bermula…aku mencari posisi yang sesuai untuk menonton perbarisan yang aku kira pasti menarik..Aku ambil posisi disebelah pentas utama..sekadar duduk di atas batu di taman tersebut..itu sudah cukup baik untuk aku mengambil gambar nanti…lagipun adik aku Masyitah menyertai perbarisan untuk rumah Salman (rumah kuning).

Perbarisan pun bermula…

Perbarisan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan iaitu Bilal (merah), Hamzah (biru), Salman (kuning), dan Khalid (hijau)...

Bersambung…

No comments: