"Tak ada sapa pun yang online pagi-pagi ni.." Aku bermonolog sendirian.Apa lagi kerja ku selain membuka Laptop setelah selesai semua kerja-kerja rumah. Itu lah yang aku selalu lakukan.Walaupun sekadar merenung dalam-dalam laptop tersebut aku lambat berasa bosan. Kadang-kadang sampai tak sedar yang mata dah sakit merenung alat yang memancarkan gelombang ini secara dekat..terlampau dekat.
Aku berasa sangat malas untuk menutup laptop..sebenarnya bukan malas..tapi berat hati. Adakah aku masih mengharap kan sahabat-sahabat aku untuk online sedangkan
aku tahu mereka semua sedang bertempur dalam medan peperangan minda tanpa pertumpahan darah itu.Aku tahu itu. EXAM!!
Tring !
Ada orang sign in..
Siapa agaknya..
Aku cepat-cepat melihat Yahoo Msgr..
Eheh~ Gha rupanya..[sambil tersenyum lebar dan puas]
Ada juga sahabatku yang online..sahabat baik ku pula tu.
Mujur tak offline lagi tadi. Ada hikmahnya.Dapat berjumpa dengan Gha, walaupun sekadar di alam maya sahaja.
.........................................
Kami chit-chat lebih kurang setengah jam.
Gha ada exam esok..TITAS katanya. Chit-chat yang tak seberapa lama itu cukup membuat aku gembira , gembira , dan terlalu gembira.
.........................................
"Gha sayang Isha kerana Allah" Gha mengakhiri perbualan..
"Kita juga" Aku membalas ringkas.
..........................................
Sahabat,
Walaupun berjauhan tetapi masih tetap dalam ingatan.
Teringat mesej yang aku hantar kepada Gha.
Isha jangan simpan Gha dalam ingatan..
Nanti Isha boleh lupa.
Isha simpan Gha dalam hati..
Semoga kekal abadi..
[lebih kurang macam tu lah]
Gha membalas..
........................................

Sahabat,
Walaupun kita di tempat yang berbeza kini,
Punyai kisah yang berlainan kini,
Namun kita tetap saling mengingati,
Tetap saling di hati,
Tetap saling mengerti,
Tetap saling memahami..
No comments:
Post a Comment