~Berjuang menempah susah,menanggung derita menongkah fitnah,itulah gelombang hidup samudera duka,seorang mujahid membela tauhid,dipisah dia berkelana,dibelenggu dia 'uzlah menagih mehnah,namun jiwa tetap mara memburu cinta,membara demi Allah dan Rasulnya~Irama nasyid dari kumpulan HIJJAZ,sunnah berjuang mendayu-mendayu membuatkan ku mengelamun seketika.
Esok telah tiba saat dan waktunya aku meneruskan perjuangan. Perjuangan menyambung semula kuliah di Universiti Islam Antarabangsa. Walaupun bercuti hanya 2 minggu sahaja (berbanding dengan cuti 3 bulan) aku mula sebati di rumah. Seronok dengan rutin harian di rumah walaupun kadang-kadang timbul rasa bosan kerana tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat.
Satu lagi 'penyakit' yang aku alami sejak dulu lagi dan masih belum sembuh..perasaan malas, sedih, tak bersemangat, sakit kepala, apabila hendak balik semula ke asrama dan sekarang..bila hendak balik ke mahallah..Itulah kesan duduk lama di rumah.
Dan satu lagi 'penyakit' baru..bila dah berada di mahallah, malas pula nak balik rumah.Tapi 'penyakit' ini jarang sekali berlaku.Tentu aku lebih sayang rumah walaupun kadang-kadang ada rasa benci. Benci tapi rindu.Hehe~
Aku menguatkan semangat..
Beg pakaian aku belum kemas lagi..
Barang keperluan pun aku belum beli lagi..
"Tak ada mood lah"
Aku memang tak mahu mengemas beg pakaian lagi, walaupun aku tahu last minute nanti aku kelam kabut. Tapi aku dah biasa begitu.
Malam ini aku hendak pergi KISAS..
Ada malam anugerah inspirasi seni. Perasaanku bercampur-baur..tak pasti Che R nak pergi atau tak..kalau tak Che R tak pergi..segan juga aku. Entah lah..
Sahabat-sahabat lain pun aku tak pasti mereka akan datang atau tak..kebanyakannya exam.
Apa pun aku tetap nak pergi..Artis jemputan Rabbani..mana boleh lepas peluang tengok persembahan.
Keputusan peperiksaan yang baru aku lihat kelmarin membakar semangat aku untuk teruskan perjuangan menyambung kuliah..
Memang tak sabar nak jumpa Syikin,Nabilah,Hawa..
Aku selalu begitu..bersemangat dan lebih bersemangat bila berjumpa dengan sahabat-sahabat.
Hilang kesedihan.
Aku akan kemas apa yang patut untuk balik semula ke UIA malam ni..tak pun esok pagi..hehe~
Ya Allah..bantulah hamba Mu yang lemah ini..
Aku niatkan segala perbuatan ku kerana Mu Ya Allah.
Redha lah segala perbuatan ku Ya Allah.
Ada masa aku bangkit gagah,
Ada masa aku tersungkur lemah..
Aku bangkit dan jatuh semula..
Aku jatuh dan bangkit semula.
~Itu lah sunnah orang berjuang~
Lagu dari kumpulan HIJJAZ berakhir..setelah beberapa kali aku ulang..adik ku menutup radio.
"Jom turun Ngah" Aku mengajak angah..
"Jom !" Angah menyahut.











